
Tuesday, November 13, 2007
PUSAT GIATMARA TANJUNG
Pusat GiatMARA Tanjung telah ditubuhkan pada 1hb Julai 2003 di Unit 1.03 dan 1.04, Kompleks Jalan Kedah, 10050 Pulau Pinang. Dan telah beroperasi sepenuhnya dengan bilangan pelatih seramai 11 orang pada 4hb Ogos 2003. Bermula dengan menyewa unit 1.03 sebagai pejabat dan unit 1.04 sebagai bengkel bagi kursus Pembuat Pakaian Wanita (PPW). Kemudiannya menyewa unit 1.05 sebagai bengkel CEIT (Consumer Elektronic & Information Technology) menjadikan 3 unit kesemuanya sehingga sekarang. Walaubagaimanapun kursus CEIT telah ditukar kepada kursus Juruteknik Rendah Elektronik Industri (Peralatan ). Keluasan setiap unit ialah 24’ x 30’. Keluasan keseluruhan Pusat Giatmara Tanjung ialah 2160kp. Status Tapak : Kawasan tapak ataupun unit PGM Tanjung adalah di sewa daripada Penang Development Centre (PDC).